Saturday, October 30, 2010

HELWI 09/10 "Terima Kasih Semua"


Beryukur ke hadrat Allah SWT dengan limpahNYA. Kami barisan pimpinan HELWI KIPSAS 09/10 ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan & dokongan kepada semua warga KIPSAS khususnya siswi-siswi yang banyak memberi kerjasama sepanjang berdirinya kami sebagai HELWI. Diharapkan program-program yang kami telah laksanakan memberi impak yang baik dan ia berterusan pada masa akan datang. Tazkirah Nisa' adalah salah satu wadah ilmu para siswi2 KIPSAS untuk kita sama2 berkongsi terutamanya berkaitan dengan "Wanita". Berilah sokongan yang berterusan kepada kami HELWI agar kita sama2 mampu memartabatkan ISLAM di muka bumi ALLAH SWT. Kami juga memohon kemaafan di atas segala kekurangan sepanjang Tazkirah Nisa' dijalankan. Semoga usaha ini mendapat keredhaan ALLAH SWT. Salam Imtihan..

Pimpinan HELWI bersama siswi2 bersalaman pada Tazkirah Nisa' yang
terakhir bagi sem ini...


Muslimat power3x

Dari kiri: Nazihah,Syarah,Ismalina,Sarah,Fatihah,Nafiza,Kasrina,Ummu,Najwa,Noraini,Farhana
Tiada dalam gambar: Syida,Badriah



SALAM PERJUANGAN

"MENGORAK LANGKAH MENCETUS
PARADIGMA GENERASI SOLEHAH"

Friday, September 24, 2010



KELAS TAHSIN AL-QURAN

Jom Belajar Mengaji..


Mengaji???
Mengaji tu belajar agama ke??
Maaf ye sahabat semua, kalau di "utara" mengaji ni dah sama maksud dengan membaca Al-Quran
Bila sebut "mengaji" tu maknanya membaca Al-Quran..


Berapa kerap kita membaca al - Quran sehari??

1 Juzuk??
Alah tak sempatlah..banyak kerja (kata2 orang yang sibuk)

1 Surah??
Kadang kadang ada juga surah yang panjang (kata orang malas)

1 Muka surat???
hmm kadang kadang je (kata orang sambil lewa)

1 Ayat???
Eeerrr takk juga... (orang yang tak nak syafa'at)

Sahabat-sahabat yang dikasihi semua...
Kita ber 'facebook' dan ber 'blog' berjam-jam..
Jom kita curi masa 60 minit belajar Al-Quran sambil memahami makna serta tajwidnya..
InsyaAllah.. Moga kita dapat manfaat dari-NYA.

Kepada muslimat KIPSAS yang ingin belajar mengaji. Sila berjumpa mana-mana AJK HELWI untuk tujuan pendaftaran.

"Bacalah Al-Quran kerana di hari qiyamat kelak ia akan datang memberikan syafa'at kepada tuannya, bacalah dua cahaya iaitu AL-BAQARAH dan ALI-IMRAN, kerana ia berdua akan datang dihari qiyamat kelak seperti dua awan besar atau sekumpulan burung yang akan melindungi tuannya, bacalah AL-BAQARAH kerana sesiapa yang mengambilnya akan mendapat berkat, meninggalkannya adalah penyesalan, dan yang mengambilnya dapat menghalang sihir".
(Riwayat Muslim)





Thursday, September 9, 2010

Salam Eidulfitri....


Setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh barakah, juga telah pun meninggalkan kita. Mudah-mudahan segala amal ibadat sepanjang bulan Ramadhan diterima olehNYA(Amin...). Kami barisan ahli jawatankuasa HELWI KIPSAS ingin menyusun sepuluh jari andai ada kekurangan, tersalah bicara dan segala salah silap kami mohon maaf kepada semua warga KIPSAS khususnya semua siswi-siswi yang kami sayangi sekalian..Kami juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN...

Barisan Ahli Jawatankuasa HELWI
(sebahagian daripada ajk tidak ada di gambar)


Sunday, August 29, 2010

Bencana di Malaysia

Isu pembuangan bayi.. Sudah jemu barangkali untuk membaca akhbar-akhbar tempatan. Mana tidaknya, setiap hari wartawan melaporkan cerita yang sama. Hari demi hari, kes pembuangan bayi kian meningkat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Bagi sebahagian masyarakat di Malaysia, hanya mampu mengkritik sikap remaja terbabit dan mengeluh dengan apa yang berlaku tanpa memikirkan akar permasalahan. Manakala sebahagian yang lain terasa amat risau dan khuatir dengan remaja zaman kini lantaran para pelaku jenayah buang bayi ini adalah daripada kalangan remaja Islam. Satu jenayah?

Di bawah Akta Kanak-kanak 2001(Child Act) - Akta 611:

- Seksyen 17 - Anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga
- Seksyen 46 - Ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai anak
mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik. Anak ini akan ditahan di tempat yang
dibenarkan di bawah kuasa mahkamah

Di dalam rang Undang-undang Jenayah Malaysia penal code:
Sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun
(Semakan akhir: 12 Oktober 2006)


Sebak terasa apabila mengenangkan akhlak dan kualiti para pemuda hari ini. Statistik kes pembuangan bayi adalah satu bukti bahawa pemuda zaman globalisasi kini sangat rendah akahlaknya. Sangat lemah imannya. Bagaimana mahu memimpin negara jikalau beginilah ‘rupa’ sebenar pemuda Islam kita? Hari ini pemuda atau remaja seolah-olah tiada matlamat hidup dan lebih dahsyat lagi mereka tidak kenal dengan Allah Maha Kuasa. Siapa yang prihatin terhadap isu ini? Kitakah sahabat sekalian?



Prihatin bukan bermaksud kita cuba menyelesaikan perkara secara permukaannya sahaja tetapi lahirkan rasa prihatin dengan pandangan jauh sama ada memandang jauh ke belakang waktu dan juga memandang jauh di hadapan waktu. Maksudnya, kita cuba selidik apakah puncanya isu ini meruncing dan berfikir akan kesannya kepada individu, keluarga, masyarakat, negara dan agama.


Sebahagian mahasiswi KIPSAS apabila ditanya apakah pendirian mereka terhadap isu ini, mereka memberi respon:

1. Faktor didikan. Hal ini berkaitan dengan ibu bapa kerana orang yang paling rapat dan orang yang bertanggungjawab mendidik mereka.

2. Remaja sekarang dihidapi penyakit hedonisme. Hiburan yang melampau. Terlalu asyik dengan keseronokan dunia. Mengejar cinta dunia.

3. Tidak kurang yang mengatakan faktornya adalah daripada media massa dan penyalahgunaan kecanggihan teknologi. Media massa sekarang ini sangat bebas menyiarkan apa-apa sahaja cerita yang sudah pastinya tidak mendatangkan manfaat malah membawa pula pengaruh buruk kepada remaja.

Ketiga-tiganya benar. Mungkin inilah sebahagian daripada punca utamanya. Ibu bapa berperanan penting untuk mencorak kehidupan anaknya sama ada dengan corak keimanan dan ketaqwaan ataupun corak kefasadan dan kejahilan. Mendidik anak-anak bukanlah perkara enteng tetapi ini adalah satu tanggungjawab dan amanah yang sangat berat yang perlu dipikul oleh ibu bapa bagi melahirkan generasi yang terbaik dari segi kualiti iman dan akhlaknya.


Hiburan yang mungkin 'tersalah pilih' oleh segelintir remaja telah menjerumuskan mereka kepada dosa dan kebinasaan. Mereka memilih hiburan untuk seronok semata-mata. Semoga kita tidak termasuk di dalam golongan yang berkata “Hidup untuk enjoy!”. Berhibur tidak salah yang salah ialah cara kita berhibur. Apabila tiada didikan di dalam diri, remaja mudah goyah kerana di dalam diri setiap insan ada nafsu yang sentiasa mendorong kepada kejahatan sebagaimana firman Allah:


“Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang”
(Surah Yuusuf, 12:53)


Apabila tiada benteng iman yang kuat, diri mudah tunduk kepada nafsu lalu mudah cenderung kepada kebatilan. Apa yang dibuat semuanya mengikut nafsu sehingga tersalah menafsir makna CINTA yang sebenar. Na’uzhubillah.

Tambahan pula apabila berada di dalam negara yang sedang membangun, kecanggihan teknologi dan media massa amat menggoda remaja. Remaja lelaki mahupun perempuan, sentiasa gemar akan gadjet-gadjet terbaru dan semua itu didapati dengan mudah. Penyalahgunaan teknologi juga membinasakan diri remaja. Segala maklumat-maklumat baik dan buruk mudah diperoleh, hanya di hujung jari. 'Maksiat on-line' yang kerap berlaku di mana-mana. Mereka lupa bahawa teknologi digunakan untuk diambil manfaatnya bukan menjerumuskan diri kepada kemungkaran.

Justeru itu sahabat sekalian, apa yang harus kita laksanakan sebagai seorang yang ingin menyambung perjuangan Rasulullah SAW? Jadilah penyelamat umat. Selamatkan para pemuda kita. Kenapa? Hal ini kerana..


“Jika engkau ingin melihat wajah negaramu pada masa akan datang, maka engkau lihatlah anak-anak mudanya sekarang.”
(Syeikh Yusof al-Qaradhawi)


Tidak gentarkah kita? Itu bukan sekadar kata tetapi itu sinergi ungkapan yang penuh dengan penelitian, pengajaran yang dikutip daripada setiap peristiwa jatuh dan bangunnya sesebuah peradaban dan firasat hati yang beracuan iman dan taqwa. Insya-Allah.




Disediakan oleh:
1. Nor Fathiah Binti Rusni
2. Siti Sarah Binti Amijudin
3. Nurul Nagiha Binti Ishak
4. Yusmahanim Binti Mat Yusof
5. Siti Aishah Binti Mohd. Zamri
6. Sharifah Nur Husna Binti Syed Abdul Salam.

KUMPULAN AISYAH

(PROGRAM KEM IHYA' RAMADHAN HELWI 2010)


Monday, August 16, 2010

Salam Ramadhan Kareem...



Bulan Ramadhan...
Bulan Mulia...
Bulan Mujahadah...
Bulan Ibadah...
Bulan Kerahmatan dan Kasih Sayang...
Penuhilah Ramadhan dengan amalan yang mampu meningkatkan Iman.
Semoga akhirnya kita beroleh rahmat
dan nikmat.
Semoga akhirnya kita mampu merasa
betapa manisnya Iman...
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak
Buat semua Warga KIPSAS...
Dari KAMI,
Seluruh warga kerja HELWI KIPSAS 2009/2010. =)